About Me

My photo
aku bukan jenis membuang tetapi menerima... bakal jenazah.. mencintai Allah sepenuh hati..

masa-masa..!!


Get your own Digital Clock

Thursday, May 9, 2013

Ia hanya sebuah novel

Terima kasih sahabat๐Ÿ˜.. Hadiah paling bernilai ๐Ÿ˜ ia hanya sebuah novel.. Tapi tersampai nilai sebenar yang mahu sampaikan.. ❤ I luv it.. Utk sape yang betol2 mahu tau keagungan cinta sebenar kene beli novel ni 

Friday, March 29, 2013

Later later later..

Sedikit pedoman bersama...

Nk melengah2kan...

Sebab takut..

Takut kite xsempat..

Ajal lagi cepat menjemput kita...

Bukan hanya haji..

Tapi kesemuanya.. Untuk menuju je jalan Allah..

*hanya manusia yang penuh dengan kekilafan.. Tetapi mahu kecapi kejayaan dunia akhirat...

Thursday, March 28, 2013

sifat nabi kepada sahabat!

[7 Rahsia Bersahabat Kerana ALLAH]

1. Memberitahu temannya bahawa dia kasih dan suka kepadanya. Nabi SAW telah bersabda : "Jika seseorang kasih kepada seseorang , maka hendakLah dia memberitahu temannya." (HR Abu Daud)


2. Apabila berpisah dengan seseorang maka hendaklah dia mendoakan sahabatnya tanpa pengetahuannya.

Nabi SAW bersabda :
"Setiap hamba yang muslim yang mendoakan saudaranya seIslam tanpa pengetahuannya pasti akan didoakan Malaikat dengan berkata:

"Engkau juga akan mendapat seumpamanya." (HR Muslim)


3. Sentiasa bermanis muka ketika berjumpa sahabatnya.
"Janganlah kamu meremehkan kebajikan sedikit pun, sekalipun dengan berjumpa temanmu dalam keadaan wajah yang ceria. " (HR Muslim)


4. Segera bersalaman ketika bertemu dengan temannya.
Nabi SAW bersabda :
"Setiap dua orang Islam yang berjumpa serta bersalaman pasti akan diampunkan dosa keduanya sebelum mereka berpisah. " (HR Abu Daud)


5. Amalan ziarah-menziarahi
Nabi SAW bersabda: " Hendaklah kamu menziarahi sesekali, nescaya akan menambah kasih sayang di antara kamu."


6. Memberi Hadiah
Nabi SAW bersabda : " Hendaklah kamu saling memberi hadiah, nescaya kamu akan berkasih sayang. " (HR Thabrani)






7. Membantu sahabat-sahabatnya yang dalam kesusahan.
Nabi SAW brpesan : " Orang yang berjalan untuk menunaikan hajat sahabatnya lebih baik daripada orang yang beri'tikaf selama dua bulan." (HR Hakim)



*aku tak sempurna... engkau tidak semua nya betol.. yang burok dijauh-jauhkan.. yang baik jadikan ikutan.. miss my friends lot!!

Wednesday, March 20, 2013

Jika dia

Ya Allah jika benar dia yang engkau cipta bagi kami sebagai teman hidup kami..

Kami terima dengan hati yang terbuka.. Insyallah..

Engkau permudahkan lah segala urusan kami.. Engkau lindungilah perhubungan kami..

Jadikan lah perhubungan kami dan pasangan mengikut landasan keredhaan mu ya Allah..

Engkau jauhkan lah setiap langkah kami.. Adalah langkah yang kearah kemaksiatan..

Jika dia lah sebahagian rusuk kami.. Engkau berikan lah kami kesetiaan yang kuat kepadanya..

Kami tunduk dan akur atas qadak dan qadar mu...

Jika dia adalah perhiasan pelamin kami.. Engkau berikanlah kekuatan bahu kami untuk melindungi nya.. Engkau kukuhkan lah hati kami bagi menyayangi nya..

Ya Allah sujud ku hanya pada Mu.. Insyallah kami menyayangi diri nya kerana Mu.. Tetap kan iman kami..



Friday, March 15, 2013

Makan pula ;)

Salam... Selamat malam.. Agama Allah ini terlalu lengkap dan terlalu sempurna.. Dari sebesar-besar perkara shingga lah sekecil-kecil perkara.. Disini saya mahu kongsikan adab atau lagi tepat saya kata sunah dari pada Rasul tercinta kita.. Sy ambil dripada salah satu blog sahabat.. Saya tidak smpurna.. Saya cuma niat mahu berkongsi.. Selamat!


Diantara adab-adab makan yang Rasulullah SAW ajarkan adalah :

1. Makan dan minum sambil duduk.
Rasulullah SAW suatu ketika melarang seorang lelaki minum sambil berdiri. Berkata Qatadah : “Bagaimana dengan makan?” Rasul menjawab : “Itu lebih buruk lagi.” (HR. Muslim)
2. Makan dalam satu dulang yang sama secara berjemaah.
Sebenarnya cara ini akan meningkatkan rasa sayang terhadap sesama kita.
Kalau suami isteri boleh amalkan makan dalam satu dulang, insyaAllah kemesraan akan lebih dapat dirasai dan kita akan jadi lebih saling faham memahami dan saling bertolak ansur. Amalan makan satu dulang ini juga dapat mengelakkan sebarang pembaziran, bertepatan dengan ayat Al-Quran yang bermaksud: "... makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan..." (Surah al-A'raf, ayat 31)
"Berjama’ahlah dalam menyantap hidanganmu dan sebut nama Allah padanya, nescaya akan terkandung keberkatan bagimu" (Silsilah Hadits-hadits Shahih no. 664).
3. Tidak mencela makanan yang tidak disukai dan sunat memuji makanan.
Penelitian Dr. Masaru Emoto dari Jepun dalam bukunya ’The True Power of Water’ menemukan bahawa unsur air ternyata hidup. Air mampu bertindakbalas daripada manusia berupa lisan mahupun tulisan. Ketika diucapkan kalimat yang baik atau dituliskan dengan kalimat yang baik, maka air tersebut akan membentuk struktur kristal yang indah dan mampu memiliki keupayaan untuk pelbagai penyakit. Sebaliknya, jika diucapkan mahupun dituliskankan perkataan buruk, celaan atau perkataan negatif lainnya, maka air tersebut akan membentuk struktur kristal yang buruk dan mampu memberikan impak yang negatif terhadap kesihatan.
Abu Hurairah ra. berkata : “Rasulullah SAW tidak pernah sedikit pun mencela makanan. Bila beliau berselera, beliau memakannya. Dan jika beliau tidak menyukainya, maka beliau meninggalkannya.” (HR. Bukhari Muslim)

Dari Jabir ra. bahwa Rasulullah SAW pernah berkata kepada keluarganya (isterinya) tentang lauk pauk. Mereka menjawab : “Kami hanya punya cuka”. Lalu beliau memintanya dan makan dengannya, sambil bersabda : “Sebaik-baik lauk pauk ialah cuka (al-khall), sebaik-baik lauk pauk adalah (yang mengandungi) cuka.” (HR. Muslim)
4. Mencuci tangan sebelum dan sesudah makan.
Rasulullah SAW bersabda : “Barang siapa yang tertidur sedang di kedua tangannya terdapat bekas gajih/lemak (karana tidak dicuci) dan ketika bangun pagi ia menderita suatu penyakit, maka hendaklah dia tidak menyalahkan kecuali dirinya sendiri.”
5. Membaca Bismillah dan Doa Makan.

ุงู„ู„َّู‡ُู…َّ ุจَุงุฑِูƒْ ู„َู†َุง ูِูŠْู…َุง ุฑَุฒَู‚ْุชَู†َุง ูˆَู‚ِู†َุง ุนَุฐَุงุจَ ุงู„ู†َّุงุฑِ
Maksudnya : Ya Allah berkatilah kami pada apa yang telah Engkau rezekikan kepada kami dan jauhkanlah kami dari azab neraka.
Rasulullah SAW bersabda : “Jika seseorang di antara kamu hendak makan, maka sebutlah nama Allah SWT. Dan jika ia lupa menyebut nama-Nya pada awalnya, maka bacalah, ’Bismillahi awwalahu wa akhirahu’ (Dengan menyebut nama Allah SWT pada awalnya dan pada akhirnya).” (HR. Abu Dawud)
Dalam riwayat lain, disebutkan bahawa suatu ketika Rasulullah SAW tersenyum, beliau menjelaskan ketika seorang Muslim tidak membaca Basmalah sebelum makan, maka syaitan akan ikut makan dengannya. Namun, ketika Muslim tersebut teringat dan menyebut nama Allah SWT, maka syaitan pun bersegera memuntahkan makanan yang sudah dimakannya.
Rasulullah SAW juga bersabda : “Sesungguhnya Allah SWT meredhai seorang hamba yang ketika makan sesuatu makanan lalu dia mengucapkan Alhamdulillah. Dan apabila dia minum sesuatu minuman maka dia pun mengucapkan Alhamdulillah.” (HR. Muslim, Ahmad dan Tirmidzi)
6. Duduk ketika makan.
Beliau duduk di atas kedua lututnya dan belakang kakinya, atau beliau menegakkan kaki kanan dan duduk di atas kaki kiri, ini adalah cara duduk yang paling baik sebagaimana yang disebutkan oleh Ibn Hajar.

7. Makan menggunakan tangan kanan.
Kedua tangan manusia mengeluarkan tiga macam enzim, tetapi penemuan di tangan kanan lebih banyak daripada tangan kiri. Enzim tersebut sangat membantu dalam proses pencernaan makanan.
Abdullah bin Umar ra. berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda : “Jika salah seorang diantara-mu makan, maka hendaklah ia makan dengan tangan kanannya dan jika ia minum maka hendaklah minum dengan tangan kanannya. Sebab syaitan itu makan dan minum dengan tangan kirinya.” (HR. Muslim)
8. Makan dengan tiga jari.
Rasulullah SAW bersabda: “Adalah Rasulullah S.A.W. makan mengunakan tiga jari.”
( Diriwayatkan oleh Muslim)
9. Tidak bersandar ketika makan.
Rasulullah SAW jika makan, tidak makan dengan menggunakan alas duduk seperti bantal duduk sebagaimana orang-orang yang ingin makan banyak dengan menu makanan yang pelbagai. Rasulullah SAW menjadikan makannya sebagai ibadah semata-mata kerana Allah SWT. Kerananya beliau duduk tanpa alas dan mengambil makanan secukupnya.
Rasulullah SAW bersabda : “Aku tidak makan dengan posisi bersandar (muttaki-an).” (HR. Bukhari)
“Muttaki-an” ada yang menafsirkan duduk bersilang kaki dan ada pula yang menafsirkan bersandar kepada sesuatu, baik itu bersandar di atas salah satu tangan atau bersandar pada bantal. Ada pula yang menafsirkan bersandar pada sisi badan.

10. Memakan makanan yang berhampiran terlebih dahulu.
“Wahai budak! Hendaklah kamu membaca Bismilah, makan dengan tangan kanan-mu dan ambillah makanan yang berhampiran terlebih dahulu." ( Diriwayatkan oleh Muslim)
Umar bin Abi Salamah ra. bercerita : “Ketiaka aku remaja, aku pernah berada di kamar Rasulullah SAW dan kedua tanganku seringkali mengacak-acak piring-piring. Rasulullah SAW bersabda kepadaku, ’Nah, bacalah Bismillah, makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah dari makanan baik yang terdekat.” (HR. Bukhari)
11. Mengunyah makanan sebanyak 40 kali.
Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut senang memproses makanan itu.

Satu kajian yang dijalankan di Amerika (diterbitkan dalam The American Journal of Clinical Nutrition, 20 Julai 2011) mendapati bahawa jumlah kunyahan bagi setiap suapan yang baik untuk kesihatan ialah 40. Individu yang mengunyah sebanyak 40 kali bagi setiap suapan akan berjaya mengurangkan pengambilan makanan mereka sebanyak 12% berbanding individu yang mengunyah kurang daripada bilangan tersebut.

12. Makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang.
Dari Mikdam bin Ma’dikarib ra. menyatakan pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda : “Tiada memenuhi anak Adam suatu tempat yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah untuk anak Adam itu beberapa suap yang dapat menegakkan tulang punggungnya. Jika tidak ada cara lain, maka sepertiga (dari perutnya) untuk makanannya, sepertiga lagi untuk minuman dan sepertiganya lagi untuk bernafas.” (HR. Tirmidzi dan Hakim)
13. Menjilat tangan ketika makan tanpa sudu atau garpu.
Penemuan kesihatan moden menunjukkan bahawa ketika kita makan dengan jari dan menjilat jari untuk membersihkannya, maka jari tersebut mengeluarkan enzim yang sangat membantu bagi kelancaran pencernaan.
Dari Abu Hurairah ra. bahwa Rasulullah SAW bersabda : “Jika salah seorang diantaramu makan, maka hendaklah ia menjilati jari-jemarinya, sebab ia tidak mengetahui dari jemari mana munculnya keberkatan.” (HR. Muslim)
Dalam hadits riwayat Imam Muslim pula, Ka’ab bin Malik ra. memberikan kesaksian bahwa ia pernah melihat Rasulullah SAW makan dengan menggunakan tiga jarinya dan beliau menjilatnya apabila selesai makan.

14. Mengambil suapan yang terjatuh, menyapunya dan memakannya semula.
Dari Anas bin Malik ra. berkata bahwa Rasulullah SAW sering makan dengan menjilati ketiga jarinya (Ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah), lalu bersabda : “Apabila ada makananmu yang terjatuh, maka buanglah kotorannya dan hendaklah ia memakannya serta tidak membiarkannya untuk syaitan.” Dan beliau juga memerintahkan kami untuk menjilat piring sambil bersabda : “Sesungguhnya kamu tidak mengetahui pada makanan yang mana adanya keberkatan itu.” (HR. Muslim)
Islam melarang tabiat suka membazir, termasuk dalam hal makanan. Seringkali kita menyaksikan orang yang mengambil makanan berlebihan sehingga tidak habis dimakan. Makanan yang membazir itu akhirnya dibiarkan untuk syaitan, padahal sesungguhnya pada makanan tersebut terdapat keberkatan. Oleh kerana itu, ketika mengambil makanan harus berdasarkan perhitungan bahawa makanan tersebut akan habis dimakan.

15. Memuji Allah dan Membaca Doa Selepas makan.
“Sesungguhnya Allah meredhai seseorang hamba yang memakan makanan dan memujiNya kerana makanan itu.”(Diriwayatkan oleh Muslim)
Doa selepas makan:

ุงู„ْุญَู…ْุฏُ ู„ِู„َّู‡ِ ุงู„َّุฐِูŠ ุฃَุทْุนَู…َู†ِูŠ ู‡َุฐَุง ุงู„ุทَّุนَุงู…َ ูˆَุฑَุฒَู‚َู†ِูŠู‡ِ ู…ِู†ْ ุบَูŠْุฑِ ุญَูˆْู„ٍ ู…ِู†ِّูŠ ูˆَู„ุงَ ู‚ُูˆَّุฉٍ
Maksudnya : Segala puji bagi Allah yang memberiku makan makanan ini dan memberi rezeki daripadanya tanpa daya dan upaya dariku.

@

ุงَู„ْุญَู…ْุฏُ ِู„ู„ู‡ِ ุงู„َّุฐِูŠْ ุฃَุทْุนَู…َู†َุง ูˆَุณَู‚َุงู†َุง ูˆَุฌَุนَู„َู†َุง ู…ِู†َ ุงู„ْู…ُุณْู„ِู…ِูŠْู†َ
Maksudnya : Segala puji bagi Allah Yang telah memberi makanan dan minuman kepada kami, dan telah menjadikan kami tergolong dalam orang-orang Muslim.

16. Tidak bernafas ketika minum dan menjauhkan mulut dari tempat minum ketika bernafas.
Rasulullah SAW melarang bernafas ketika minum. Apabila minum sambil bernafas, tubuh kita mengeluarkan CO2(Karbondioksida), apabila bercampur dengan H2O(Air) dapat menjadi H2CO3(Cuka) sehingga menyebabkan minuman menjadi asid (Asam). Hal ini juga akan terjadi ketika meniup air panas. Makanan dan minuman panas sebaiknya tidak didinginkan dengan ditiup, tapi cukup dikipas.
Dari Abu Al-Mutsni Al-Jahni ra berkata, aku pernah berada di rumah Marwan bin Hakam, tiba-tiba datang kepadanya Abu Sa’id ra. Marwan berkata kepadanya : “Apakah engkau pernah mendengar Rasulullah SAW melarang bernafas di tempat minum?”. Abu Sa’id menjawab : “Ya. Ada seseorang pernah berkata kepada Rasulullah SAW, ”Aku tidak kenyang dengan air hanya satu kali nafas.” Lalu Rasulullah SAW bersabda, “Jauhkanlah tempat air (gelas) dari mulutmu, lalu bernafaslah!” Orang itu berkata lagi, “Sesungguhnya aku melihat ada kotoran pada tempat minum itu”. Lalu Rasulullah SAW bersabda, ”Kalau begitu, tumpahkanlah! (HR. Abu Dawud)

Dan juga dari Ibnu Abbas ra. berkata : “Rasulullah SAW telah melarang untuk menghirup udara di dalam gelas (ketika minum) dan meniup di dalamnya.” (HR. Tirmidzi)
17. Tidak berprasangka buruk jika makan bersama orang yang berpenyakit.
Dari Jabir ra. bahwa Rasulullah SAW pernah memegang tangan orang yang majdzum (kusta), beliau meletakkan tangannya pada piring makan seraya bersabda : “Makanlah, yakinlah kepada Allah SWT dan bertawakkallah.” (HR. Abu Dawud)
18. Tidak duduk pada meja yang dihidangkan makanan haram.
Dari Jabir ra. bahwa Rasulullah SAW pernah bersabda : “Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, maka hendaknya ia tidak duduk pada meja makan yang padanya diedarkan minuman khamr(memabukkan).” (HR. Imam Tirmidzi)
19. Mendoakan yang mengundang makan.
Dari Anas bin Malik ra. bahwa Rasulullah SAW pernah datang ke rumah Sa’ad bin Ubadah ra. yang menghidangkan roti dan mentega. Rasulullah SAW memakannya, lalu beliau bersabda : “Telah berbuka di sisimu orang-orang yang berpuasa. Hidanganmu telah dimakan oleh orang-orang soleh(baik) dan malaikat pun akan mendo’akan kebaikan untukmu.” (HR. Ahmad dan Abu Dawud)
20 . Menutup tempat makan dan minum.
Menutup tempat makan dan minum sangat bermanfaat untuk menghindarkan makanan dari pencemaran udara, kotoran atau zat-zat berbahaya yang dapat masuk ke dalam makanan atau minuman yang tidak ditutup.
Dari Jabir ra. bahwa Rasulullah SAW pernah bersabda : “Tutuplah tempat makanan dan tempat minuman!” (HR. Bukhari Muslim)
Diet Nabi SAW yang Sahih ialah beliau memakan makanan yang halal dengan jumlah yang tidak banyak
Nabi SAW bersabda:
ุงู„ْู…ُุคْู…ِู†ُ ูŠَุฃْูƒُู„ُ ูِูŠ ู…ِุนًู‰ ูˆَุงุญِุฏٍ ูˆَุงู„ْูƒَุงูِุฑُ ูŠَุฃْูƒُู„ُ ูِูŠ ุณَุจْุนَุฉِ ุฃَู…ْุนَุงุกٍ
" Seorang mu'min itu makan dengan satu perut, sedangkan orang kafir makan dengan tujuh perut "
[HR al-Bukhari, no. 5392].
Tapi kalau kita makan ikut sunnah Nabi S.A.W., seperti di atas, insyaallah kita akan dapat:
1. PAHALA
2. KEBERKATAN

Insyaallah, semoga kita diberi kekuatan untuk mengamalkan sunnah Nabi S.A.W.


Tuesday, March 12, 2013

Kalian

Mengajar aku erti kesetiaan

Selalu ada jika aku memerlukan

Berada di sisi ketika aku kesunyian

Meminjamkan bahu mu sewaktu aku keesakkan

Mereka yang sering mengajar aku erti terus asa


Membuat aku terukir senyuman bila muram mengundang

Mengajar cinta yang sebenar

Meminjamkan telinga ketika hati mahu berbicara

Sanggup memberi sedikit ruang bagi aku di dalam hati kamu

Sahabat maaf jika aku bukan yang sempurna

Tapi percayalah kamu semua lah yang amat serpurna bagi aku

Dunia akhirat

Sahabat..
Disini lah kita berdiri
Dan kita kan saling bersaksi
Hitam putih nya di hidup ini
Suka duka dan air mata
Kan kita lewati bersama
Beertilah sebelum masa mengakhiri

Waktu yang tak akan menunggu
Terlupa atau kau terlena
Disini kau dan aku melangkah
Kan kita lewati segala yang terjadi
Dalam cinta atau pun pedih
Kesempatan hidup yang terindah

Ayuh langkah mu
Senyum wajah mu
Doa dalam nafas mu
Engkau dan aku selalukan bersama

Yakin kan hati, perbaiki diri
Allah kan jadi saksi
Pada ilahi kita akan kembali


Jika diberi pilihan cinta atau kalian

Aku akan memilih kalian, aku merasa cinta sebenar bersama kalian

Tiada sedikit pun aku sangsikan kejujuran kalian

Jika maut menjemput aku dahulu

Sentiasa berdoa kita dapat jumpa di sana, tidak sabar aku menanti saat tersebut..

Kau sahabat, kau teman

Aku sayang kalian..

Mereka cinta sebenar bagi ku

Heikal, feroz, ali, fiza, pojie, fitri, fatin, dya, shahrul, ed






Saturday, March 9, 2013

aku yang berdosa

Allah kuat kan hamba mu..
aku takut ya Allah atas balasan di akhirat Mu kelak..
aku insaf ya Allah..

Aku takut dengan bayang-bayang kisah silam aku..
aku tahu aku tidak layak ke syuga mu yaAllah..
Aku tahu bertapa naifnya aku seketika dulu ya Allah..
Ya Allah aku tidak minta masa di kembalikan untuk aku memperbetulkan masa silam aku..
Ya Allah aku hanya mahu engkau panjang kan lah sedikat sahaja masa usia aku..
agar aku dapat mencorak masa depan aku dengan nekad bersaksi "TIADA TUHAN MELAINKAN MU YA ALLAH"
terima lah taubat ku ya ALLAH..

aku bersukur pada Mu ya Allah kerana tetap menghadirkan iman dalam hidup ku..
terima kasih ya Allah mengkurniakan aku KELUARGA yang sentiasa bersama-sama..
dan yang selalu mendoakan kebahagiaan aku..

terima kasih ya Allah mengurniakan aku sahabat-sahabat yang baik-baik..
soleh dan solehah....
sahabat dunia akhirat ku..
terima kasih ya Allah kerana mentakdirkan aku menerima hidayah Mu sebelum aku menutup mata erat..


Ya Allah kekalkan lah hidayah mu yang engkau kurniakan ini.. jangan lah engkau ragut hidayah itu ya Allah..
hanya engkau yang berkuasa.. hanya engkau yang berkuasa.. hanya engkau yang berkuasa...
makhluk tidak berkuasa...


buah sahabat..
walaupun engkau seperti ombak yang yang menghempas pantai,
tetapi engkau tetap memberi pemandangan yang cantik dari pandangan mata..

walaupun mereka datang dan pergi dalam hodup aku seperti ombang tersebut,
tapi memori terindah tetap terpahat di hati buat selamanya..

Yang berdosa,

BakalJenazah.